Bagaimanakah cara untuk saya menambah add-ins pada Microsoft Word?

berkenaan dengan endnote

Answer

Anda boleh install add-ins tersebut secara manual melalui langkah-langkah berikut:

1. Buka My Computer

2. Lihat pada Tools menu (klik Alt untuk Windows 7/Vista). Pilih Folder Option / View Tab. Uncheck pada kotak yang mengatakan "Hide file extensions for known file types," dan pilih "Show hidden files and folders".

3. Cari fail (folder) Endnote anda. Pemasangan default bagi Endnote adalah "C:\Program Files\EndNote."

4. Terdapat beberapa fail di dalam folder ini yang anda perlu salin (copy). Berikut adalah fail yang anda perlukan:

o EN10CWYW.dot
o EN10Cwyw.wll
o EN10Cwyw.WordXP.wll 

5. Salin (copy) kesemua fail tersebut.

6. Cari fail Word Startup. Lokasi default untuk fail Startup bergantung kepada versi Windows yang anda gunakan:

Windows 7/Vista

 C:\Users\[YOUR USER NAME]\AppData\Roaming\Microsoft\Word\STARTUP

Windows XP/2000

C:\Documents and Settings\[YOUR USER NAME]\Application Data\Microsoft\Word\Startup

7. Apabila anda jumpa fail Startup tadi, Paste semua fail yang disalin (copy) tadi. Pastikan ketiga-tiga fail tadi telah berada di dalam fail Startup.

8. Buka perisian Endnote, dan kemudian buka perisian Microsoft Word. Arahan Endnote sepatutnya telah terpapar di toolbar Word.

  • Last Updated Mar 09, 2020
  • Views 1756
  • Answered By Mohd Fadlli A. Rahim

FAQ Actions

Was this helpful? 7 0