Q. Sekiranya bahan bacaan yang dicadangkan oleh pensyarah telah dipinjam oleh pengguna lain, apa yang perlu saya lakukan ?

Answer

Pertama, anda boleh menempah bahan bacaan berkenaan secara atas talian. Peminjam awal tidak dibenarkan memperbaharui pinjaman. Bahan yang dikembalikan oleh peminjam terdahulu akan ditempatkan di kaunter Perkhidmatan Akses untuk tempoh empat hari sebelum diambil oleh penempah.

Kedua, anda boleh merujuk kepada laman http://libguides.unimap.edu.my/crc untuk mendapatkan bahan bacaan yang dicadangkan oleh pihak Perpustakaan.

Ketiga, anda boleh merujuk kepada enjin carian Worldcat Local dan buat carian menggunakan judul atau nama pengarang untuk mendapatkan bahan bacaan lain yang berkaitan.

  • Last Updated Dec 05, 2018
  • Views 27
  • Answered By Nazirah Zainul Abidin

FAQ Actions

Was this helpful? 0   0

Contact Us