Q. Sekiranya saya ingin meminjam buku lebih dari tempoh yang diberikan, apa yang perlu saya lakukan?

Answer

Sekiranya buku yang dipinjam hampir ke tarikh pemulangan, anda boleh memanjangkan tempoh peminjaman dengan cara memperbaharui peminjaman buku tersebut. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan:

1. Datang ke mana-mana cawangan perpustakaan yang terdekat dan perbaharui pinjaman buku tersebut melalui kaunter Perkhidmatan Akses

2. Perbaharui pinjaman buku secara atas talian. Anda perlu masuk ke Sistem Web Opac Perpustakaan dan login menggunakan Patron ID dan kata laluan yang boleh diperolehi daripada Kaunter Perkhidmatan Akses di Perpustakaan.

Pembaharuan buku hendaklah dibuat sehari sebelum tarikh akhir peminjaman bahan tersebut. Sekiranya terdapat pengguna lain yang telah menempah buku yang sama, anda tidak boleh meneruskan proses pembaharuan pinjaman dan buku tersebut hendaklah dipulangkan kembali ke Perpustakaan.

Topics

  • Last Updated Dec 05, 2018
  • Views 51
  • Answered By Mohd Fadlli A. Rahim

FAQ Actions

Was this helpful? 0   0

Contact Us