Q. Saya menggunakan endnote untuk citation, tetapi citation itu berubah kepada simbol2 pelik.

Assalamualaikum, saya menggunakan endnote untuk citation tetapi tidak lama kemudian citation itu berubah kepada simbol2 pelik yang panjang. apakah penyelesaian kepada masalah ini? Ada tak setting yang saya kena buat balik? Sebelum ni saya dah pernah jadi citation saya macam tu (jadi simbol pelik dan panjang). Ada staf library yang totlong buatkan balik. saya rasa setting endnote @ word.

Answer

Cik/Puan Norashikin,

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Pada Microsoft Word, klik pada "FILE" (Office 2010-2013+) atau "Ikon Windows" pada penjuru atas kiri (Office 2007), dan klik pada "Word Options".

2. Klik "Advance" pada pilihan sebelah kiri, dan skrol ke bawah kepada tajuk bahagian "Show Document Content".

3. Buang tanda pada tajuk item "Show field codes instead of their values", dan klik ok.

4. Dokumen tersebut sepatutnya akan kembali seperti biasa.

Topics

  • Last Updated Dec 05, 2018
  • Views 56
  • Answered By Mohd Fadlli A. Rahim

FAQ Actions

Was this helpful? 0   0

Contact Us