Saya ingin bertanya berkaitan jurnal

Saya telah menghantar artikel jurnal di bawah persidangan IFLK 2014 kepada laman web Institutional Repository (Dspace) perpustakaan UniMAP. Sekiranya saya ingin menghantar artikel jurnal tersebut kepada laman web jurnal yang lain bolehkah saya berbuat demikian? Adakah timbul isu akta hakcipta?

Answer

Terima kasih atas persoalan tersebut.

Untuk makluman puan, sekiranya artikel jurnal tersebut telah dihantar kepada sesebuah laman web sama ada laman web repositori (Dspace/Eprint) atau laman web jurnal untuk diterbitkan, maka seharusnya ia tidak dihantar lagi kepada laman web jurnal yang lain pula bagi mengelak timbulnya isu akta hakcipta.
Namun, sekiranya masih hendak menghantar juga sila ubah tajuk dan isi kandungan artikel tersebut. Topik masih boleh dikekalkan. Sila pastikan ianya tidak bertindan dengan artikel jurnal yang pernah di hantar sebelum ini.

Sekian, terima kasih.

Topics

  • Last Updated Mar 18, 2019
  • Views 33
  • Answered By Suhaidah Mat Rus @ Darus

FAQ Actions

Was this helpful? 0 0