Bagaimanakah cara untuk saya perbaharui pinjaman bahan secara atas talian?
Answer
Untuk memperbaharui pinjaman bahan secara atas talian, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Masuk ke laman web Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di http://mylibrary.unimap.edu.my/
2. Pada bahagian atas laman web, pilih tab "Hyperlink" dan klik pada pilihan "Web OPAC"
3. Masukkan *"Patron ID" dan kata laluan anda dan klik "Login"
4. Bahan yang dipinjam akan dipaparkan pada "Check-Out Items"
5. Klik pada kotak "Select for renewal" untuk memperbaharui bahan yang dipinjam.
6. Klik "Renew"
7. Tarikh baru untuk pemulangan bahan akan dipaparkan.
*"Patron ID" untuk login kepada web OPAC boleh diperolehi daripada Kaunter Perkhidmatan Akses, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra atau Perpustakaan Cawangan Kangar.