Buku yang saya pinjam telah hilang. Apakah yang patut saya lakukan? Adakah ianya memberi kesan untuk saya bergraduasi nanti?
Answer
Sila maklumkan kehilangan buku tersebut di Kaunter Perkhidmatan Akses.
Isi borang Kehilangan Bahan.
Terdapat 2 kaedah gantian iaitu:
1. Gantian buku
2. Gantian wang tunai. (bayaran 2 kali ganda dikenakan untuk harga 1 buku)
Pengguna perlu menggantikan buku yang hilang dan menyelesaikan denda yang ada untuk mengelak daripada slip keputusan ditahan.