Panduan pembayaran secara dalam talian melalui JomPay

Kenalpasti:
i. Biller Code bagi tujuan pembayaran kepada Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP)
ii. Biller Code PTSFP adalah seperti berikut:
- JomPay Biller Code: 99994
- Nama Biller Code: UNIMAP-TERIMAAN
- Ref-1: Nombor matrix/Nombor staf
- Ref - 2: Kod Pembayaran - Denda

Bayaran:
i. Daftar masuk ke bank pilihan anda secara dalam talian dan cari pilihan bayaran secara JomPay
ii. Isi maklumat yang berkaitan di dalam ruangan yang disediakan
iii. Pastikan jumlah bayaran yang dibuat adalah tepat. Jumlah bayaran bernilai kurang dari RM1 tidak boleh dilakukan melalui JomPay
iv. Pastikan pilihan Biller Code JomPay dan Nama Biller Code bagi bayaran yang dibuat adalah tepat. Maklumat rujukan 1 (Ref 1) serta Rujukan 2 (Ref 2) juga perlu diisi dengan tepat.

Pengesahan:
i. Transaksi yang berjaya akan disertakan dengan nombor rujukan JomPay bagi rujukan pelanggan.
ii. Salinan bukti pembayaran hendaklah dikemukakan melalui emel (sirkulasi@unimap.edu.my) atau aplikasi Whatsapp PTSFP di talian 019-3895402


Answer

Topics

  • Last Updated Mar 07, 2023
  • Views 81
  • Answered By Siti Maimunah Ishak

FAQ Actions

Was this helpful? 1 0