Bagaimanakah cara untuk membuat cetakan di perpustakaan?

Mesin fotokopi di sediakan diaras 1 Perpustakaan Utama. Pelajar perlulah menambah nilai cetakan ke dalam kad matrik dengan gandaan RM 5 melalui aplikasi JomPAY seperti berikut:

1. KENALPASTI

i. Biller Code bagi tujuan pembayaran kepada Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).

ii. Biller Code PTSFP adalah seperti berikut:

No.

JomPay Biller Code

Nama Biller Code

1.

99994

UNIMAP-TERIMAAN

2. BAYARAN

i. Daftar masuk ke Bank pilihan anda secara dalam talian dan cari pilihan bayaran secara JomPay.

ii. Isi maklumat yang berkaitan di dalam ruangan yang disediakan.

iii. Pastikan jumlah bayaran yang dibuat adalah tepat. Jumlah bayaran bernilai kurang dari RM 1.00 tidak boleh dilakukan melalui JomPay.

iv. Pastikan Biller Code JomPay dan nama biller code bagi bayaran yang dibuat adalah tepat . Maklumat Rujukan 1 (Ref-1) serta Rujukan 2 (Ref-2) juga perlu diisi dengan tepat.

Senarai rujukan maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:

JomPay Biller Code

Nama Biller Code

Ref-1

Ref-2

99994

UNIMAP-TERIMAAN

Nombor matrik pelajar/nombor staf

Kod pembayaran:

  1. 6125-00001

3. Pengesahan

i. Transaksi yang berjaya akan disertakan dengan nombor rujukan JomPay bagi rujukan pelanggan.

ii. Salinan bukti pembayaran hendaklah dikemukan melalui emel (sirkulasi@unimap.edu.my) atau aplikasi  Whatapp PTSFP (+6019-3895402)


Answer

  • Last Updated Jun 07, 2023
  • Views 180
  • Answered By Aimiamira Khamis

FAQ Actions

Was this helpful? 0 0